Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Syifa Melvin Menangis Kerana Safawi

Jangan la sedih..

Published

on

Dahulunya pernah kecoh isu hangat antara Syifa Melvin, Safawi Rasid dan juga Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim atau (TMJ).

Isu itu menjadi hangat kerana berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Selang beberapa bulan kemudian isu hangat itu kian diam dan dilupakan.

Tiba-tiba pada 4 Oktober, kecoh apabila Syifa Melvin turut kelihatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucap selamat tinggal dan maju jaya buat Safawi. 

Syifa Melvin beri sokongan Safawi ke Portugal | Harian Metro

Menurut Instagram story kawan baik Syifa iaitu Lia Natalia juga seorang pelakon, Syifa kelihatan sedih dan sebak sewaktu di KLIA.

VIDEO] Syifa Melvin Sebak Hantar Safawi

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain dari Johor Darul Ta’zim FC itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat mereka semua.

Semua sedia maklum, pemain bola speak Safawi Rasid akan berangkat ke Portugal untuk penghijrahan beraksi bersama kelab Portugal Portimonense SC selama satu musim.

Selamat maju jaya Pawi. Banggakan nama Malaysia di mata dunia!!

 

Artikel ditulis oleh: Hisyam Alif

Sumber foto: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest