Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Tahun Akhir Sebelum Masuk Usia 30 Tahun, Sufian Suhaimi Spam Foto Ketika Kecil Sempena Hari Lahir

Tahun ni tahun akhir Pian berusia 20-an, lepas ni dah masuk 3 series sebab tu lah kot beliau spam banyak gambar kan. Apa pun Sufian tetap menjadi Baby Pian pujaan ramai gadis

Published

on

Kata orang usia itu hanya sekadar angka dan tidak bermaksud apa-apa bagi sesetengah orang.

Mungkin disebabkan itu penyanyi Sufian Suhaimi meraikan hari lahirnya yang ke 29 dengan cara spam beberapa keping foto dirinya ketika kecil.

Sufian yang meraikan hari lahirnya pada 3 Mei turut menerima banyak ucapan dan doa daripada rakan selebriti dan peminatnya di laman Instagram.

Lebih melucukan lagi, Sufian sempat memberi ‘warning‘ kepada pengikutnya di laman Instagram memberitahu bahawa beliau bakal memuat naik beberapa foto miliknya.

Tahun ini merupakan tahun akhir Sufian berusia 20-an sebelum beliau menjangkau usia 30 pada tahun hadapan.

Tapi rasanya Sufian tak perlu risau sangat kot dengan usia ni, maklumlah walaupun dan nak masuk usia 30, beliau masih digelar dengan panggilan ‘Baby Pian’ kan?

Jadi selamanya lah beliau akan digelar Baby Pian kan?

Sumber foto: Instagram Sufian Suhaimi

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest