Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Tahun Pertama Ramadan Bersama Suami, Mira Filzah Rasa Bersalah Kepada Wan Emir Kerana Perkara Ini

Mira Filzah memohon maaf kepada suami atas perubahan jadual penggambarannya

Published

on

Bulan Ramadan kali ini yang dilalui pasangan suami isteri pasti berbeza, jika tahun ini adalah kali pertama mengharunginya bersama pasangan setelah mendirikan rumah tangga.

Itulah yang dirasai pelakon popular Mira Filzah yang telah menjangkakan perubahan tersebut.

Namun beliau berkongsi rasa terkilan kerana ada sedikit perubahan yang berlaku.

Baca artikel berkaitan: Sambutan Hari Jadi Pertama Setelah Bergelar Suami Isteri, Ini Ucapan Indah Wan Emir Buat Mira Filzah

Mira memberitahu luahan hatinya mengenai Ramadan yang disambut tahun ini melalui satu hantaran di Instagram miliknya.

“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir. Dalam kepala dah set “Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong2 kacau gulai je sambil teman Mak masak. 😅 (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas”. Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. 😂. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. 😂😂😂 Macam macam lahh. Preparation nii.”

Bagaimanapun, perubahan jadual penggambaran beliau telah merubah perancangan asal Mira untuk berbuka bersama suami dan keluarga.

“Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. 🥲 (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah. Hmmm tak dapat balik kampung. 💔 Kita outstation pula tu. Hmmmm 🥲 Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul.”

Oleh itu, Mira memohon maaf kepada Wan Emir akan perkara tersebut.

“Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT. ❤️ “

Mujurlah Emir seorang yang memahami.

Bertabahlah Mira, tuntutan kerja kadangkala dapat mengurangkan masa bersama insan tersayang.

Namun apa yang penting, Mira dan Emir boleh bertoleransi antara satu sama lain.

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest