Connect with us
Hot FM

Selebriti

Tak Kolot Beri Nama Islamik, Ummi Nazeera Ambil Keberkatan Maksud Gelaran Isteri Nabi

Beri nama semperna isteri Rasulullah, Ummi Nazeera suka maksud disebalik gelaran!

Published

on

Bagi mereka yang bergelar ibu-bapa, saat-saat yang paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri sudah pastinya ketika dikurniakan seorang zuriat sebagai kurniaan rezeki.

Apa yang lebih membuatkan perasaan teruja itu adalah ketika ingin menghadiahkan nama kepada anak, hal ini kerana nama adalah satu aspek penting dalam Islam.

Tidak dinafikan, ada pasangan sudah memilih nama ketika bayi itu masih dalam kandungan lagi kerana sangat teruja untuk menerima zuriat.

Setiap gelaran harus mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan, malah dengan nama itulah dia akan dikenali dan digelar.

Umum mengetahui bahawa nama yang baik itu jugalah akan dipanggil pada hari akhirat kelak, oleh itu panggilan yang diberikan kepada anak-anak bukan lah perkara yang kecil.

Justeru, ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah (SAW).

Memuat naik hantaran di laman Instagram, pelakon Ummi Nazeera dengan secara umumnya berkongsi nama anak keduannya iaitu Aysha Arsylia setelah genap tujuh hari kelahiran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkongsi gambar wajah anaknya memberitahu pemilihan nama tersebut sebagai memperingati isteri Rasulullah.

Maksud nama anaknya itu diertikan sebagai sebuah kehidupan yang tenteram, bahagia dan sempurna.

Jelasnya, selebriti ini mengharapkan bayinya itu akan membesar menjadi anak yang solehah serta mendengar cakap kedua-dua ibu bapa dan keluarga selain berbaikti kepada agama dan negara.

Mengetahui bahawa setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapa lah yang bakal mencorakkan mereka menerusi didikan serta bimbingan.

Justeru, ibu bapa perlu melakukan yang terbaik dengan mengikut ajaran agama.

Wah indahnya nama diberi! Semoga bayi comel ini terus membesar dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu-bapa ya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest