Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Tak Malu Ke?” Muat Naik Foto Lepas Berbasikal, Ramai Tegur Aurat Ismail Izzani Dan Rakan-Rakan

Peminat terpanggil untuk tegur aurat Mael dan rakan-rakan. Mungkin Mael sendiri tak perasan foto tersebut menampakkan aurat mereka.

Published

on

Kata orang jadi perempuan ni susah sebab kena jaga aurat, tapi itu tidak bermaksud seorang lelaki Muslim tak perlu menjaga aurat mereka.

Mungkin perkara tersebut nampak remeh namun ia sering menjadi pergaduhan antara sebilangan warganet.

Penyanyi Ismail Izzani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mael itu ada memuat naik foto beliau bersama dengan kekasih hatinya iaitu Shalma Eliana dan rakan-rakannya yang lain selepas selesai berbasikal di kawasan Elmina Valley.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah ramai pengikut Mael di laman Instagram miliknya telah meninggalkan komen yang berbaur teguran mengenai auratnya.

Seperti yang kita tahu, aurat lelaki bermula di kawasan antara pusat dan lutut.

Foto yang dimuat naik oleh Mael telah menampakkan sedikit aurat dirinya dan rakan lelakinya yang lain sehingga membuatkan pengikutnya terpanggil untuk menegur.

Tidak dinafikan foto tersebut sememangnya mengundang teguran daripada peminat tapi boleh jadi Mael tak perasan tentang perkara tersebut, maklumlah kita semua kan manusia biasa.

Lepas ni Mael kena lebih hati-hati dalam kongsikan foto di laman sosial okay!

Sumber foto: Instagram Ismail Izzani

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest