Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Tak Masuk Pintu Lagi, Anak Kembar Datin Sri Zizie Izette Panjat Pagar Sekolah

Nasib baik sempat selamatkan!

Published

on

Hari pertama ke sekolah nampaknya bukan la kenangan yang indah buat salah seorang anak kembar pelakon Datin Sri Zizie Izette apabila Aadam Zac Izette telah cuba untuk ‘melarikan diri dari tadika’.

Menerusi perkongsian beberapa keping video di laman Instagram miliknya, kelihatan pada mulanya pasangan kembar itu nampak takut-takut untuk menghabiskan hari mereka di sekolah.

Tidak sangka beberapa ketika selepas itu, Aadam berjaya memanjat pagar sebelum ‘diselamatkan’ oleh salah seorang guru di situ.

Ramai netizen terhibur melihat keletah pasangan kembar itu dan berharap agar mereka dapat membiasakan diri di sekolah selepas ini.

Dalam masa yang sama, Zizie turut kongsikan foto Aaleph dan Aadam yang kini sudah dapat menyesuaikan diri bersama dengan rakan-rakan dan suasana di sana.

Akui sedih melihat anak-anaknya menangis, Zizie turut menitiskan air mata di rumah sambil menunggu masa untuk mengambil mereka di sekolah.

Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izzette dan Aalisa Belle Izette serta turut mengambil dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Sumber foto: Instagram Zizie Izette

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest