Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

‘Tak Perlu Bagi Baucer, Cukup Minta Maaf’- Sharifah Zarina Nafi Tabur Fitnah

Hmm, harapnya lepas ni dah habis la tentang isu ini…

Published

on

Nampaknya kemelut antara penyanyi Sharifah Zarina dan anaknya bersama dengan sebuah kafe di Petaling Jaya masih belum lagi selesai.

Terbaharu pada 12 Oktober yang lepas, penyanyi lagu Langit Ketujuh itu telah memuatnaik satu kenyataan balas mengenai isu yang sedang melanda dirinya sekeluarga.

Saya dan Athalia mengambil langkah untuk memadam video semalam kerana ingin menjelaskan cerita sebenar dengan lebih detail. Ramai yang tak jelas mengapa saya dan Athalia terlalu marah, sedih dan kecewa.

Menurut Sharifah Zarina, dia sebenarnya agak terkilan dengan sikap pelayan di kafe berkenaan pada mulanya.

Pelayan berkenaan memberitahunya bahawa mereka hanya mempunyai masa selama 15 minit sahaja untuk membuat pesanan kerana kafe tersebut akan ditutup awal bagi memberi laluan kepada majlis lain yang sudah membuat tempahan awal.

Bila dia mahu memesan makanan, pelayan berkenaan tidak mahu menerima pesanan berkenaan, semuanya kerana tempoh masa untuk memesan makanan itu sudah tamat.

Pada masa yang sama pihak kafe tersebut juga telah membuat permohonan maaf dan memberi sebanyak dua keping kupon baucer bernilai RM50.

Baginya, dia tidak memerlukan baucer sebagai ganti rugi tetapi dia hanya memerlukan permohonan maaf sahaja.

Dia juga berasa sangat kecewa apabila banyak pihak menyalahkan dirinya dan Athalia di atas isu yang berlaku.

Tambahnya lagi, dia tidak diberitahu terlebih awal mengenai pesanan makanan yang perlu dibuat dengan segera walaupun ada wakil daripada pihaknya yang sudah sampai di kafe tersebut terlebih dahulu.

Walaupun begitu, dia tetap akui kesalahannya yang tidak menyedari tentang notis yang diberikan oleh pihak kafe di laman Instagram milik mereka sehari sebelum kejadian.

Sehingga kini akaun Instagram mereka masih lagi dikecam hebat oleh netizen walapun sudah hampir seminggu isu ini berlaku.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest