Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

‘Tak Sangka 3 Minggu Lepas Nikah Dah Mengandung’ Emma Bersyukur Rezeki Datang Cepat

Semoga Emma selamat melahirkan…

Published

on

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan anak selepas mendirikan rumah tangga, tidak kira cepat atau lambat kerana itu semua rezeki daripada Allah.

Bagi pelakon cantik manis, Emma Maembong, dia selalu menyimpan impian untuk mempunyai sebuah keluarga sendiri.

Kini, selepas mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, Emma kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya itu.

Pada 19 Oktober lalu, Emma ada kongsikan satu video pendek di laman Instagram miliknya menunjukkan dia sedang memegang bayi kepunyaan abangnya ketika majlis resepsinya.

I have always wanted a family of my own. Everytime I hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach. Masa ni after 3weeks of my nikah I didn’t expect yang I dah pregnant.

Emma memanjatkan syukur kerana rezekinya untuk mempunyai cahaya mata datang dengan begitu pantas.

Dalam masa yang sama, Emma turut kongsikan bahawa ketika majlis resepsi itu dia sudah rasa tak sedap badan dan mula mual memandangkan ketika itu dia baru sahaja disahkan hamil.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan posting Emma dan mendoakan kesihatannya serta bayi di dalam kandungan.

Namun sehingga kini Emma masih belum lagi kongsikan jantina anaknya kerana sebelum ini dia ada memberitahu bahawa dia tidak kisah mengenai jantina anak, asalkan si bayi sihat dan sempurna sudah memadai.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest