Connect with us
Hot FM

Selebriti

Tamat Kontrak Rumah Sewa, Azwan Ali Beri Contoh Cara ‘Serahkan Semula’ Rumah Pada Owner

Rasa tanggungjawab dalam diri buatkan Diva AA mengambil keputusan untuk upah orang cuci rumah

Published

on

Siapa je yang tak sakit hati kalau kita beri amanah untuk orang sewa rumah kita dalam keadaan baik, tapi bila dipulangkan habis bersepah semua benda dibuatnya.

Pengacara yang namanya kian disebut kembali, Azwan Ali atau lebih mesra disapa dengan panggilan Diva AA telah mengambil keputusan untuk mengupah pembantu rumah atau tukang bersih untuk membersihkan salah satu rumah yang disewa olehnya.

@azwanaaliaHIRED MAID TO CLEAN UP OLD NEW VAZZ CONDO ASTANA AZWANA SEWA AT OUG PARKLANE B4 HANDED OVER KEYS TO LANDLORD ! MUHASABBAH 🤨🤨🤨🤨🤨♬ original sound – DivaAA

Menerusi hantaran terbaharunya di laman Instagram, Diva AA telah mengemas beberapa bahagian di rumah tersebut sebelum meninggalkannya tetapi tetap perlukan bantuan daripada pembantu rumah agar ia kelihatan lebih bersih.

“Rumah ni agak kotor ya, ini barang-barang segala kerja. Ni cara kerja Diva, cuci fridge, kutip sampah, cuci satu rumah dan mop. Kutip sampah, punya banyak sampah ni!”

Posting tersebut turut membuatkan pengikutnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu.

Diva AA turut sempat menasihati pengikutnya di laman Instagram supaya memastikan rumah sewa dibersihkan terlebih dahulu sebelum kunci dipulangkan semula kepada tuan rumah.

Bagus Diva AA bagi contoh yang baik kepada para pengikutnya, semoga lepas ni tak ada lah yang bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan rumah sewa.

Sumber foto dan video: Instagram Azwan Ali

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest