Connect with us
Hot Selebriti

Hiburan

Tercalon Dalam Anugerah Melodi, Michael Ang Sempat ‘Carutkan’ Diva AA Dan Janna Nick!

See my level…

Published

on

Selepas berakhirnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 pada 13 November lalu, kini satu lagi anugerah bakal diadakan pada bulan Disember ini iaitu Anugerah Melodi Drama Sangat.

Antara kategori yang ada ialah Selebriti Sensasi Sangat, Artis Paling Laris Sangat, Hero Sangat, Heroin Sangat, Pasangan Drama Sangat dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tanpa disedari, pengarah terkenal Michael Ang turut tercalon di dalam kategori Selebriti Sensasi Sangat sehingga membuatkan dia ‘tergugat’ kerana salah seorang daripada selebriti yang tercalon dalam kategori tersebut ialah Zarina Anjoulie.

Aku nak gelak besar harini, aku nominated kategori Selebriti Sensasi Sangat. Sejujurnya tak tahu la aku patut bangga dengan nomination tu atau rasa terhina sangat sebab Zarina Anjoulie pun ada dalam tu jugak. Yang penting, Diva AA… Aku sensasi, kau tak sensasi!

Dalam masa yang sama, Michael turut sempat gurau-gurau manja menjadi ‘bangga diri’ kepada Diva AA di dalam video tersebut atas kejayaannya menjadi calon dalam kategori berkenaan.

Tapi jangan risau, tiada pergaduhan yang akan berlaku kerana mereka berdua sudah berkawan baik, tidak lagi seperti dulu.

Lebih melucukan lagi apabila Michael turut bergurau untuk memaksa peminat Janna Nick supaya turut mengundi dirinya sekiranya mahu Janna terus berlakon.

Jannanickers kena undi aku, dia tengah shoot dengan aku. Kalau aku tak menang, korang tak vote ha tahu la apa nasib artis kesayangan kau.

Ramai netizen turut terhibur dengan usikan tersebut kerana Michael secara spontan sempat membuat lawak 2 dalam 1 iaitu kenakan Diva AA dan juga Janna Nick.

Apa pun, good luck kepada semua selebriti yang tercalon dalam Anugerah Melodi Drama Sangat 2020!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest