Connect with us
Hot FM

Selebriti

Terharu Dihubungi Dr Zulkifli, Alif Satar Terima Surat Dan Buku Sempena Kuarantin

Semoga cepat sembuh!

Published

on

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar telah menggemparkan industri hiburan dengan berita dirinya dijangkiti wabak Covid-19, dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Pada 27 November 2020, Alif telah memuat naik satu perkongsian di Instagram memberitahu bahawa dirinya telah dihubungi oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Melalui kapsyen:-

“ALHAMDULILLAH.. Alif terima semangat baru harini, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui facetime tadi,dan sempat kirimkan surat dan buku untuk alif baca sepanjang kuarantin. Masa video call tadi alif sangat terharu apabila DS Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk alif, tapi buat semua yang terjebak dengan Covid19. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah swt merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah.♥️”

Tersentuh dengan kecaknaan Yang Berhormat, Alif menyatakan dirinya mendapat semangat baru daripada beliau.

Selain itu, Alif juga diberikan surat dan buku untuk dibaca sepanjang tempoh kuarantin.

Alif menzahirkan rasa syukur atas perhatian dan doa yang diberikan dalam mengharungi waktu sukar melawan Covid-19.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Alif cepat sembuh!

 

Sumber: Instagram Alif Satar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest