Connect with us

Selebriti

Terima Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Rozita Che Wan Petik Nama Wartawan Terkenal

Che Ta telah menerima berita tentang rumah tangganya yang dikatakan sedang goyah

Published

on

Tiada angin tiada ribut, namun pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta telah menerima berita kurang enak berkenaan rumah tangganya bersama Zain Saidin.

Perkara itu beliau kongsikan di Instagramnya pada 19 April 2021.

Baca artikel berkaitan: Serba Sedondon Sambut Ulangtahun Kelahiran Suami, Keluarga Rozita Che Wan Mengundang Perhatian Netizen

Che Ta menulis pada ruangan caption:-

“ni lah orang2 yang tak happy dengan tumahtangga kami !
tk kisah la wei , janji kami dan keluarga kami happy💃😜 …”

Pelakon itu memberi respon tentang dakwaan yang diterima beliau.

Namun Che Ta tidak mahu menghiraukan gosip sebegitu kerana dirinya lebih tahu tentang keadaan rumah tangganya yang masih bahagia.

Sementara itu, beliau memetik nama seorang wartawan terkenal dalam bentuk gurauan.

“dgr kata wartawan yg dok jaja citer ni kt wartawan jgk … bukan u kan @jaydeesm 😛”

Wartawan yang nama asalnya Zaidi Mohamad itu pula menulis balasan kepada Che Ta dalam ruangan komen.

Sudah menjadi adat dalam dunia hiburan, pasti wujud gosip-gosip yang tidak sahih seperti ini.

Semoga Che Ta tenang-tenang sahaja dan terus menikmati kebahagiaan bersama suami dan anak-anak.

 

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest

Copyright © Hot FM 2021. All rights reserved. Under Ripple, part of the Media Prima Group.