Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

“Terima Kasih Yang Mendoakan” Anak Fizo Omar, Maryam Bebas COVID-19

Alhamdulillah, stay safe!

Published

on

Sebelum ini pada 5 Januari 2021, pelakon Fizo Omar berkongsi berita duka bahawa anak perempuannya Wan Maryam dan bekas isterinya telah positif COVID-19.

Setelah hampir 15 hari kemudian, Fizo akhirnya memberitahu perkhabaran gembira bahawa Maryam sudah bebas daripada COVID-19, Alhamdulillah!

Perkara itu dikongsikan beliau melalui satu hantaran di Instagram pada 19 Januari 2021.

Fizo menulis pada ruangan caption:-

“Alhamdulillah Maryam da sihat,terima kasih yg mendoakan kesihatan maryam dan sihat dari covid-19.

Shes very strong girl, alhmdllh dia xde symptom covid spt batuk,selsema dan sakit tekak.dia aktif mcm biasa.

So guys,please jaga diri,jaga keluarga smua k.”

Beliau yang bersyukur dengan perkembangan Maryam itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan anaknya.

Selain itu, Fizo juga mengingatkan semua agar menjaga diri dan keluarga dalam keadaan negara yang kini berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Fizo juga memuat naik satu video di Instagramnya pada hari yang sama menunjukkan detik pertemuannya dengan Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Melalui video tersebut, jelas terpancar kegembiraan Fizo kerana dapat berjumpa dengan anaknya yang sudah bebas daripada virus tersebut.

Semoga Fizo dan Maryam akan terus sihat dan dijauhkan daripada virus COVID-19.

 

Baca artikel berkaitan: Fizo Omar Umumkan Anaknya Serta Bekas Isteri, Mawar Karim Positif COVID-19

Sumber: Instagram Fizo Omar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest