Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Terkesan Emosi” Menyanyi Dan Monologue Untuk Casting, Ramai Puji Haneesya Hanee Berbakat

Suara sedap, pandai berlakon dan seorang model. Haneesya Hanee ni memang berbakat dalam bidang seni ya…

Published

on

Nama Haneesya Hanee mungkin agak asing bagi sesetengah warganet tetapi gadis berusia 21 itu pernah viral sekitar tahun 2019 lalu selepas kejadian hitam yang menimpa dirinya.

Tetapi kini Haneesya terus bangkit dalam membina nama dalam bidang seni yang sudah menjadi kerjaya utama buat dirinya.

Tidak dinafikan gadis berkulit hitam manis ini sememangnya memiliki bakat besar dalam lakonan dan tanpa disangka beliau turut mempunyai suara yang merdu!

Buktinya menerusi posting terbaharunya di laman Instagram dapat menyaksikan pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 itu menyanyi sambil monologue.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Pengikutnya di laman Instagram turut memuji bakat Haneesya dan menyifatkan bahawa beliau boleh menjadi pelakon yang terkenal suatu hari nanti.

Sebelum ini, Haneesya turut terkenal sebagai selebriti yang sering bersuara mengenai isu warna kulit sehingga membuatkan ramai menjadikan dirinya sebagai contoh.

Bak kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih dan kini Haneesya telah tunjukkan bahawa beliau boleh dikenali disebabkan bakat yang dimiliki, bukannya hanya kerana gosip atau kontroversi.

Sumber foto dan video: Instagram Haneesya Hanee

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest