Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Terlampau Letih, Riena Diana Jatuh Pengsan

Selepas selesai menjalankan tugas harian, Riena Diana pulang ke rumah dan mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak sihat..

Published

on

Pelakon dan penyampai radio Hot FM Riena Diana dilapor hampir jatuh pengsan di kediamannya selepas selesai menjalankan tugas hariannya di studio pada 16 Mac 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh rakan sekerjanya yang juga penyampai radio Fizie dengan memaklumkan Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana binti Zulreal segera bergegas ke klinik selepas merasakan dirinya tidak berada dalam keadaan baik.

“Semalam memang nampak dia tak seceria selalu,” ujar Fizie

Menerusi satu perbualan, Riena menyatakan dirinya satu hari berada di klinik dari pagi sehingga petang kerana tidak mahu ditahan wad di hospital.

Riena turut menasihatinya agar tidak perlu risau kerana pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kampung People itu sering menjalani ujian calitan setiap minggu.

Bagaimanapun, Riena turut menegaskan bahawa beliau akan melakukan ujian calitan tersebut untuk kali kedua sekiranya demam tidak beransur pulih.

Dalam perkembangan lain, Riena bakal muncul dalam drama rantaian Kisah Cinta Rumi gandingannya bersama dengan penyanyi Khai Bahar yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Mungkin disebabkan penat dengan tugas harian dan penggambaran, Riena jatuh pengsan kan? Apa-apa pun semoga Riena cepat sembuh..

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest