Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

“Terpaksa Mandi” Video Memasak Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Nakal Netizen!

Haihh, sabar je lah!

Published

on

Penyanyi Elizabeth Tan sememangnya terkenal dengan imej yang seksi sehingga kadang kala penampilannya membuatkan pengikutnya di laman sosial berasa tidak keruan.

cinemaonline.sg: Elizabeth Tan utamakan kerjaya lakonan berbanding muzik

Namun itu bukan satu lesen besar untuk mereka meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di laman sosial pelakon filem Misteri Dilaila itu.

26 Januari lalu, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy ada memuat naik video berdurasi hampir 2 minit menunjukkan dirinya sedang membuat Chocolate Cheesecake Balls.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Video tersebut menunjukkan Lizzy sedang memakai singlet pendek berwarna merah jambu dan berseluar pendek.

Walaupun tujuan video itu untuk berkongsikan resepi masakan, tetapi lain pula yang menjadi perhatian segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.

Segelintir netizen meninggalkan komen nakal dan beransur lucah di posting tersebut sehingga membuatkan ada yang tidak selesa dengan komen berkenaan.

Mujur masih ada netizen yang berfikiran waras menasihati mereka yang meninggalkan komen lucah seperti itu.

Perbuatan mereka itu benar-benar memalukan kerana kebanyakannya merupakan para lelaki dan ada juga yang sudah mempunyai anak dan isteri.

Sehingga kini, Lizzy masih belum membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh mereka.

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Harap-harap Lizzy dapat la ‘nasihat’ sikit mereka yang sering meninggalkan komen lucah itu.

Sumber foto dan video: Instagram Elizabeth Tan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest