Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Terpaksa Tolak Satu Tawaran Program, Jadual Terlampau Padat Buatkan Uyaina Tak Cukup Rehat

Lepas ni rehat ya Uyaina!

Published

on

Sebagai selebriti, pastinya mereka akan melalui masalah tidak cukup rehat dan masalah itu turut dihadapi oleh pelakon cantik manis Uyaina Arshad.

Selain bergelar pelakon, Uyaina yang merupakan bekas juara Pencarian Nona Manis 2015 itu mengakui bahawa disebabkan kesibukan kerja membuatkan tahap kesihatannya agak terjejas.

Namun, disebabkan minat yang mendalam terhadap industri hiburan, Uyaina perlu terus kuat untuk meneruskan kerjaya.

Komitmennya dalam dunia pengacaraan kini semakin bertambah selepas dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu disebabkan menjalani pengambaran bagi sebuah drama tempatan.

Saya tak anggap perjalanan jauh itu sebagai satu bebanan, tapi kadang-kadang kalau rasa penat tu biasa la kan.

Tambahnya lagi selepas tamat pengambaran drama tersebut, dia bakal berehat buat seketika.

Pada masa yang sama, ketika ditemui oleh sebuah portal hiburan tempatan pada 2 Oktober, Uyaina juga menambah bahawa dia ada mendapat satu tawaran sebuah program travelogue dan memerlukan dia untuk berjalan ke seluruh Malaysia dalam masa satu bulan.

Risau tidak mampu untuk memenuhi jadual kerjanya, dia terpaksa menolak tawaran tersebut dengan cara yang baik.

Disebabkan kekangan masa, Uyaina merasai bahawa dia perlu berehat seketika bagi menyusun semula semua jadual kerjanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest