Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Teruskan Perniagaan Yang Diusahakan Bersama PU Riz, Neelofa Dilihat Kembali Memakai Cincin

Semoga baik-baik semuanya

Published

on

Selebriti Noor Neelofa sememangnya berjaya dalam bidang perniagaan.

Perniagaannya pula semakin berkembang setelah perubahan demi perubahan beliau lakukan ke arah kebaikan.

Melalui satu platform yang digelar Markaz Tijaari, ia merupakan usaha bersama antara Neelofa dan Ustaz Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dalam menambah hasil pendapatan.

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka cuba membantu orang ramai dengan membuka pendaftaran secara dropship.

Melalui penerangan di Instagram story Neelofa pada 20 Januari 2021, Markaz Tijaari dikira sebagai satu platfom untuk berkongsi rezeki.

Semoga usaha mereka ini dapat membantu ramai orang yang terjejas akibat pelaksanaan PKP ketika ini.

Dalam pada itu, melalui Instagram story Neelofa juga, dapat dilihat terdapat cincin yang dipakai beliau.

Namun, tidak dapat dipastikan jika cincin tersebut adalah yang sama ketika Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz sebelum ini.

Apapun, semoga hubungan Neelofa dan PU Riz ini baik-baik sahaja walaupun mereka sudah lama tidak kelihatan bersama.

 

Baca artikel berkaitan: Anas Zahrin Jadi Pengantara, Ada Individu Dakwa Neelofa Ajak Kahwin

Sumber: Instagram Neelofa dan Markaz Tijaari

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest