Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“Thank You Umi Lahirkan Insan Yang Sangat Istimewa”- Ernie Beri Ucapan Romantis Buat Ulangtahun Ke 27 Syamel

Awhhh…

Published

on

Pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel nampaknya menjadi antara penyanyi yang tidak jemu mendapat perhatian peminat dan warganet.

Apatah lagi selepas sekian lama berteka-teki, tahun ini mereka mendedahkan hubungan sebenar sekali gus telah melangsungkan majlis pertunangan pada Ogos lepas.

Terbaharu, Ernie memuat naik foto tunangnya sempena hari jadi yang ke 27 tahun dengan ucapan romantis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“SELAMAT ULANGTAHUN, BANGMEL! @syamel_official”

“Alhamdulillah, hari ni BangMel masuk 27 tahun! Thank you Umi @wanakarim melahirkan seorang insan yang sangat istimewa di mata semua orang. Selalu menggembirakan, selalu menceriakan kehidupan manusia lain di sekeliling dia.”

“Doa Kak Ninie agar BangMel diberikan kesihatan yang baik, diberikan idea idea bernas untuk karier dan bisnes, diberikan hati yang ikhlas dan sabar.”

“Semoga bisnes yang dijalankan berjaya. Semoga Allah swt limpahkan segala rezeki yang berkat dan halal kepada BangMel. InshaaAllah. Terima kasih untuk segalanya. 🤍 Jom amin kan ramai ramai!”

“Kita takda banyak selfie sama sama, tu je koleksi yang boleh dikorek. 🤍#BangMelDah27Lah #SemogaSemakinEncem 🤣”

Melihat di kapsyen yang ditulis, Ernie juga turut mengucapkan terima kasih kepada ibu Syamel kerana melahirkannya Syamel yang sentiasa menggembirakan hati semua orang.

Dalam pada itu, ruangan komen di hantaran itu turut dibanjiri kata-kata ucapan dari warganet yang turut sama mendoakan mereka berdua.

Sementara itu, Syamel juga dilihat membalas ucapan Ernie dengan memanggilnya ‘kakninie’ dan sempat mengusik pulak tu!

Alahai comel betul mereka berdua. Tak sabar nak tengok mereka ke jinjang pelamin!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest