Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Tiada Lagi Perebutan Nak Balik Kampung Siapa Dulu, Shukri Yahaya Rindu Akan Norma Lama

Sering ‘bergaduh’ isu pulang ke kampung, Shukri Yahaya rindu akan suasana terdahulu

Published

on

Baju raya mungkin sudah ready, kain langsir bagaimana pula?

Itulah persoalan yang mungkin timbul apabila negara dikejutkan dengan perintah larangan merentas negeri sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi.

Kemeriahan menyambut di kampung halaman kini beralih di rumah sendiri.

Tidak menjadi titik tolak, kemeriahan Raya yang dirasa sebelum ini menjadi kenangan terindah yang tersemat di jiwa, apa tah lagi perihal isu giliran pulang ke kampung yang sentiasa menjadi perdebatan lucu di antara suami-isteri pada setiap tahun.

Apabila sudah berumahtangga banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, kadang-kala terlihat seperti remeh namun ‘ribut’ bakal melanda jika kerap timbul isu ‘pasang surut’ di antara suami dan isteri, lagi-lagi apabila melibatkan tolak ansur berikutan giliran untuk pulang ke kampung halamana siapa dulu.

Membahaskan mengenai isu tersebut, pelakon Shukri Yahaya ada berkongsikan ‘luahannya’ melalui gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

caption: 

“Rumah Mak ke rumah Abah?!
rindu norma lama 😭”

Isu giliran rumah siapa dulu untuk pulang pada hari Raya pertama sentiasa menjadi topik hangat di antara suami isteri, namun tolak ansur di antara mereka menjadikan suasana raya itu bertambah meriah dan manis apabila diingatkan semula.

Siapa tidak rindu akan norma lama yang sudah sebati dengan jiwa masyarakat berkeluarga, keriuhan membakar lemang bersama ayah, keriangan membuat kuih raya bersama ibu, dentuman bunyi bunga api di kampung itu semua kebiasaan yang diraikan sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan kenangan manis yang pernah mereka lalui ketika berada di kampung halaman.

Apa yang berlegar-legar di kepala kini pastinya kerinduan yang teramat mengenangkan kondisi ketidakbolehan untuk pulang beraya di kampung.

Namun usah berterusan bersedih, rebut peluang ini untuk lindungi orang tersayang daripada penularan wabak Covid-19 akibat ‘diri sendiri’ yang enggan patuh pada SOP.

Pada yang jarang membuat panggilan telefon kepada ibu dan ayah, ubati rasa rindu itu dengan menanyakan khabar mereka.

Jadikan Raya kali ini sebagai ‘pengajaran’ buat kita dan semangat bagi membantu barisan hadapan memutuskan rangkaian Covid-19.

Patuhi SOP dan ikuti larangan merentas negeri, #kitajagakita.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber : Instagram Shukri Yahaya

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest