Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Tidak Ikhlas Laksana Tugas Sebagai Duta, Nelydia Senrose Perlu Bayar Ganti Rugi Puluh Ribu

Fuhhh…

Published

on

Dikatakan tidak ikhlas melaksanakan tugas sebagai duta produk kecantikan sebuah jenama, pelakon jelita Nelydia Senrose didakwa melanggar perjanjian sebagai duta tahun lalu, diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah memerintahkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, selaku defendan kedua, membayar ganti rugi khas bagi penyediaan acara berjumlah RM16,869.03, ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan pelakon itu juga diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.

Saya Akan Pertahan Hak Saya" - Didakwa Melanggar Kontrak Sebagai Duta, Ini Jawapan Nelydia Senrose | BuzzKini

Dalam pada itu, Hakim turut berkata dalam penghakimannya bahawa pelakon itu tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan itu dan lebih mengutamakan bulan madunya.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya,” kata hakim itu.

Bagaimanapun, mahkamah menyatakan Nelydia mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun hanya menunggu 19 hari kemudian iaitu pada 12 April tahun sama untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya untuk acara yang dianjur oleh produk kecantikan itu.

“Mahkamah berpuas hati bahawa mesyuarat yang diadakan pada 12 April 2019 adalah atas inisiatif plaintif dan jika tidak kerana mesyuarat itu, plaintif tidak akan tahu yang defendan kedua tidak dapat hadir pada acara itu.

“Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan yang menunjukkan defendan kedua (Nelydia) gagal mematuhi terma-terma perjanjian dan tindakan plaintif mengeluarkan notis 30 hari kepada defendan kedua untuk menjawab e-mel yang dihantar kepadanya adalah berasas.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan defendan kedua telah gagal untuk membuktikan pembelaannya. Oleh yang demikian, tuntutan saman plaintif dibenarkan,” kata hakim itu lagi.

Dalam penyataan tuntutan terdahulu, Chriszen Malaysia telah menyaman Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua pada 7 Oktober 2019. Nelydia bagaimanapun hanya berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan setakat ini.

Sumber dari BH Online.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest