Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Tidak Mahu Disimpati Kerana Kanser, Elyana Hanya Inginkan Doa Buat Dirinya

Kuatnya Elyana

Published

on

Penyanyi dan pelakon Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap 4, menarik perhatian peminat untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.

Perjalanannya melawan penyakit itu sudah lama iaitu hampir 10 tahun.

Baru-baru ini Elyana memberitahu, kanser limfoma yang dihidapinya kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Pada 7 Januari 2021, satu sedutan untuk program Malaysia Hari Ini telah dikongsikan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MALAYSIA HARI INI (@mhi_tv3)

Berdasarkan perkongsian tersebut, Elyana memberitahu bahawa beliau tidak akan menunjukkan dirinya dalam keadaan sakit sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak mahu orang ramai bersimpati dengannya kerana dirinya lebih suka menghiburkan semua.

Selain itu, Elyana menambah bahawa beliau hanya mahukan doa yang baik-baik buat dirinya.

Hebat sebenarnya Elyana kerana terus kuat dalam berjuang melawan kanser serta masih mampu memberikan senyuman buat para peminat.

Kami di Hot FM mendoakan semoga perjalanan Elyana melawan kanser ini dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Malaysia Hari Ini dan Elyana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest