Connect with us
Hot FM

Selebriti

Tidak Perlu Beri Penjelasan, Siti Nurhaliza Mahu Terus Positif

Terus positif

Published

on

Kehangatan perkhabaran secara rasmi berita kehamilan kedua penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza masih lagi dirasai.

Berita baik itu sememangnya membuatkan beliau, keluarga dan para peminat merasa gembira dengan kehadiran adik kepada Siti Aafiyah yang bakal dilahirkan nanti.

Pada 7 Disember 2020, penyanyi tersebut yang lebih mesra dipanggil Tok Ti telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Berdasarkan caption, Tok Ti telah berkongsi kata-kata daripada Ali bin Abi Thalib:-

“Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu itu. Dan yang membencimu tidak percaya itu.”

Kata-kata yang dikongsikan ini mungkin boleh dikaitkan dengan situasi yang dihadapi beliau atau sekadar perkongsian buat pengikut akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Tok Ti juga berkongsi nasihat:-

“..terus positif, jalan terus, kuatkan semangat dalam setiap apa yang kita lakukan dan sebarkan sebanyak-banyaknya cinta dan kasih sayang.”

Biar apapun situasi yang dihadapi Tok Ti, semoga beliau dapat menghadapinya dengan baik.

 

Baca artikel berkaitan: “Doakan Saya Ya…” Tahniah Tok Ti Sah Hamil 4 Bulan

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest