Connect with us
Hot FM

Selebriti

Tok Ti Kongsi Video TikTok, Dalam Diam Rupanya Datuk K Takut Isteri

Comel je buat video TikTok versi ayah-ayah ni

Published

on

Rumah tangga Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Dato’ Sri Khalid atau juga dikenali sebagai Datuk K, kelihatan sangat bahagia sejak mereka mula berumah tangga pada 2006.

Tambahan lagi pasangan ini bakal menimang cahaya mata lagi setelah Tok Ti mengumumkan dirinya hamil pada Disember 2020 lalu.

Terbaharu pada 19 Februari 2021, Tok Ti telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Video TikTok yang dikongsikan itu menunjukkan cabaran yang dibuat untuk Datuk K dan teman rapat beliau.

Melalui caption:-

“Sempena birthday, mari kita tanya soalan jujur pada birthday boy & bff DS @din.meranun #kenapaksabuattiktok #takutisteriyek 🤣😅” 

Namun video tersebut kelihatan lucu dengan jawapan yang tidak dijangka.

Datuk K telah mengakui bahawa beliau takut isteri!

Wah, macam tak percaya je.

Selain itu, Datuk K sempat bercanda untuk menambah isteri, namun sebenarnya beliau memilih untuk menambah anak.

Aksi ‘ayah-ayah’ tersebut sangat lucu dengan kelihatan Tok Ti ketawa di hujung video berkenaan.

Sementara itu, perkongsian ini berjaya menarik perhatian ramai.

 

Baca artikel berkaitan: “Doakan Saya Ya…” Tahniah Tok Ti Sah Hamil 4 Bulan

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest