Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

‘Tolongla Lockdown Atau Ketatkan Kawalan’- Ayda Jebat Mahu ‘Lockdown’, Ini Respon Netizen…

Ramai yang akan terkesan kalau PKP diadakan sekali lagi…

Published

on

Umum sudah mengetahui bahawa kes Covid-19 sudah semakin meningkat setiap hari dan angka terkini sehingga semalam ialah sebanyak 691 kes positif Covid-19 disahkan pada 6 Oktober.

Hal ini menyebabkan ada beberapa golongan masyarakat yang berharap supaya pihak kerajaan melaksanakan PKP untuk kali kedua.

Namun ada banyak kesan buruk yang akan dialami oleh masyarakat sekiranya perkara itu terjadi lagi.

Disebabkan itu, penyanyi Ayda Jebat telah dikecam oleh netizen yang tidak bersetuju dengan caption penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

Semua itu terjadi apabila Ayda memuat naik satu video bersama caption yang mengundang kemarahan pengikutnya pada 6 Oktober yang lalu.

Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua.

Ayda hanya berhadap supaya ‘lockdown’ dapat diadakan di negara ini kerana bimbang dengan keadaan yang semakin serius hari demi hari.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ayda kerana sebagai seorang anak seni, pastinya dia mempunyai wang simpanan jika dibandingkan dengan rakyat biasa yang lain.

Pada masa yang sama ada juga yang memberi cadangan supaya dilakukan sekatakan di jalanraya supaya kes dapat dikawal.

Masing-masing ada pendapat sendiri, tapi apa yang pasti kita sendiri kena sentiasa patuh dengan segala arahan yang sudah dikeluarkan supaya kes dapat dikawal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest