Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Tu Tak Nampak Muka!” Nubhan Ahamad Kenakan Isteri Masak Belut Sampai Menangis!

Nakal Nubhan ni!

Published

on

Tak tahu nak kesian ke nak gelak sekali bila tengok video penyanyi Nubhan Ahamad kenakan isteri tersayang dalam video mereka di YouTube ni.

Untuk yang tak tahu, Nubhan dan isteri mempunyai channel YouTube sendiri, biasanya mereka akan kongsikan macam-macam video termasuk video memasak.

Tapi kali ni bahan masakan mereka lain daripada yang lain kerana ada bahan tambahan iaitu belut!

Pada mulanya, isteri Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah tak tahu bahawa di dalam bekas makanan itu terdapat seekor belut.

Bila Nubhan buka sahaja bekas itu maka terpampang la belut tersebut sehingga membuatkan Dr. Afifah menjerit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

“Ini la yang you makan sushi hari-hari tu”

”Taknakkk. Tu I tak nampak muka dia, ni I nampak muka dia. Taknakkk”

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi pasangan suami isteri ini dan menasihati Nubhan supaya jangan suka sangat kenakan isterinya tu.

Punya la takut Dr. Afifah sampai dia berlari keluar dari rumah.

Semoga rumah tangga mereka ini kekal bahagia selamanya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest