Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Ucapan ‘Bersemut’ Shuk Sahar Buat Isteri Sempena Ulangtahun Kelahiran

Selamat hari ulangtahun kelahiran Sera!

Published

on

Pada 20 Disember lalu, pelawak dan penyampai radio Hot FM Shuk Sahar telah memuat naik sekeping foto menunjukkan kompilasi wajah isteri dan anak-anaknya.

Posting berkenaan dituju khas buat isteri tersayang Rossa Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 28 tahun.

Menurut Shuk, terdapat dua perkara penting yang berlaku dalam hidupnya pada 20 Disember 2020 iaitu hari ulangtahun kelahiran isterinya dan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-5.

“Terima kasih masih lagi bersama dengan I, masih lagi uruskan makan pakai I uruskan anak-anak I,” tulis Shuk

Shuk mengakui gelaran seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah malah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja.

“I minta maaf atas segala apa yang berlaku sepanjang dah 5 tahun you bergelar isteri I,” luah Shuk

Dalam pada itu, Shuk sempat berseloroh menyatakan jika kegagahan isterinya itu dapat dilihat secara fizikal, pasti badannya sudah nampak seperti ahli bina badan.

“Kalau kegagahan you tu dapat dilihat secara fizikal mesti badan you dah nampak macam body builder… Terima kasih and I love you,”

Untuk rekod, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan.

 

Sumber foto: Instagram Shuk Sahar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest