Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Usia 22 Tahun Sudah Ada Dua Kereta, Peminat Tumpang Bahagia Untuk Haqiem Rusli

Tahniah Haqiem!

Published

on

Siapa sangka diusia muda, kini penyanyi Haqiem Rusli sudah berjaya membeli sebuah kereta mewah.

Sebelum ini sekitar tahun 2017, penyanyi Tergantung Sepi itu ada membeli sebuah kereta secara cash.

Ketika itu dia baru sahaja berusia 19 tahun dan kini pada usia 22 tahun, Haqiem telah berjaya membeli kereta keduanya pula.

Sebelum ini dia akui bahawa sebab utama mengapa dia membeli kereta itu secara tunai ialah kerana tidak mahu berhutang dan ingin rasakan kepuasan atas hasil titik peluh sendiri.

Haqiem telah kongsikan berita gembira itu menerusi laman Twitter miliknya pada 27 oktober ini.

Reward yourself, syukur!

Peminatnya turut tumpang gembira atas kejayannya itu dan ramai yang menitipkan ucapan tahniah atas hasil usaha berbaloi Haqiem itu.

Jika dilihat menerusi Instastory yang dikongsikan oleh Haqiem, bapanya terlebih dahulu sudah merasmikan keretanya itu.

Rusli rasmi dulu, saya tiada lesen.

Mungkin akibat kekangan masa, sehingga kini Haqiem masih lagi belum mempunyai lesen memandu sendiri.

Tak mengapa lah, ada masa nanti ambil la lesen dan pada masa tu baru boleh pusing KL naik kereta baru!

Kejayaan Haqiem ini boleh dijadikan contoh untuk kita semua untuk terus berjaya dalam sesuatu perkara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest