Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

[VIDEO] Lucu Lihat Gelagat Gigih Belajar Bahasa Belanda, Luqman Hakim Curi Perhatian Warganet

Fuhh berbelit lidah!

Published

on

Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, kembali mencuri perhatian warganet apabila videonya bersama keluarga angkatnya di Belgium baru-baru ini tular.

Melihat video itu, Luqman dilihat secara spontan sedang belajar menyebut nama makanan Belgium iaitu “BIEFSTUK MET PATATJES” ataupun stik lembu dengan kentang bersama keluarga angkatnya. Alahai comelnya!

View this post on Instagram

"BIEFSTUK MET PATATJES" means beefsteak with potato 😂👏 Keluarga angkat Luqman di Belgium telah mula mengajar sedikit bahasa Dutch kepada Luqman a.k.a Luqie 👍🙌 Thank you so much Arnout for your warm hospitality. Luqie is settling well over there and surely one of the main reason is because of you and your entire wonderful family. Such as cutest and happy family 🙏🥰😍 📹Credit: @arnoutvercruysse_ —————— FOLLOW KAMI. Kami @kvkortrijk_malaysiafan akan sentiasa membawa berita terkini Luqman di Belgium sekarang dan KV Kortrijk FC! 🔴⚪💪

A post shared by KV Kortrijk Malaysia Fan 🇲🇾 (@kvkortrijk_malaysiafan) on

“Keluarga angkat Luqman di Belgium telah mula mengajar sedikit bahasa Dutch kepada Luqman a.k.a Luqie”

Melihat kepada posting video yang dimuat naik di akaun rasmi peminat Malaysia KV Kortrijk, admin akaun itu memberitahu bahawa keluarga angkat Luqman sudah mula mengajar bahasa Belanda kepada Luqman.

Admin juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat Luqman kerana mereka menjadi salah satu sebab Luqman boleh menyesuaikan diri dengan baik di negara mereka.

“Terima kasih banyak Arnout atas layanan mesra anda. Luqie menetap di sana dan pasti salah satu sebab utamanya adalah kerana anda dan seluruh keluarga anda. Keluarga yang lucu dan bahagia!”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penyokong Luqman turut terhibur melihat dirinya cuba untuk menyebut nama hidangan itu.

Dalam pada itu, walaupun belum menunjukkan impak sebenar di atas padang bersama KV Kortrijk, perpindahan Luqman Hakim Shamsudin tampak berjaya melonjak populariti kelab itu sejak Ogos lalu.

Penyerang muda sensasi negara ini berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan. 

All the best Luqman di tempat baru!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest