Connect with us

Selebriti

Walau Berduka Dengan Keadaan Anak, Fizo Omar Tetap Aktif Membantu Mangsa Banjir

Semoga dipermudahkan

Published

on

Pelakon Fizo Omar sebelum ini telah memberitahu tentang berita anak perempuannya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar Karim yang disahkan positif COVID-19.

Pada 8 Januari 2021, Fizo berkongsi perkembangan terbaharu anaknya itu di Instagram.

Melalui caption, Fizo ada menulis:-

“Daddy tau anak daddy kuat!

Hari ni, 8 jan 2021 hari yg ke-5 Maryam admitted disebabkan jangkitan virus covid-19. Alhamdllh sekarang ni keadaan Maryam ok dan aktif seperti biasa.hopefully antibody dia kuat dan tak mengalami symptoms covid yg sya tahu melalui research dan pengalaman mereka yg dah lalui memang sakit dan sgt perit sehingga boleh meragut nyawa.”

Selain itu, Fizo juga meluahkan rasa hatinya sebagai seorang bapa dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan dalam mengawal penularan COVID-19.

Bagaimanapun walau dalam berduka, Fizo tetap menjalankan kebajikan dengan usahanya membantu mangsa banjir yang terjejas di Pahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menurut Fizo bantuan tersebut akan disalurkan kepada penerima pada 9 Januari 2021.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang untuk misi bantuan banjir berkenaan.

Kami di Hot FM mengharapkan agar usaha murni daripada Fizo ini dipermudahkan dan semoga anak dan bekas isterinya akan cepat pulih.

 

Baca artikel berkaitan: Fizo Omar Umumkan Anaknya Serta Bekas Isteri, Mawar Karim Positif COVID-19

Sumber: Instagram Fizo Omar 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest