Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“We Did It Cinta” Luah Rasa Syukur, Mawar Rashid Berjanji Akan Pegang Amanah Sebaik-Baiknya

Dua dua comel!

Published

on

Umum sedia tahu bahawa pelakon berwajah manis, iaitu Mawar Rashid yang juga isteri kepada Raf Yaakob, adik  kepada chef selebriti terkenal iaitu Fazley Yaakob, telah pun selamat melahirkan bayi perempuannya pada tanggal 2 Januari 2021.

Tarikh yang sangat cantik, nama yang diberi juga sangat unik iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.

Terbaharu, selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata, Mawar memuat naik satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur atas nikmat melahirkan yang diberi oleh Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Foto yang di muat naik itu ditulis dengan kapsyen ;

“Alhamdulillah Syukur Allah berikan nikmat lahirkan anak buat kali ke-2.. nikmat kesakitan yang bnyk menginsafkan Mawar.. Pengorbanan bersalin ni buat Mawar sedar, dalam hidup kita, untuk kita mendapat sesuatu yg kita betul2 nak, kita kene berkorban dulu.. bukan senang2 nak dapat apa yg kita nak.. Dan masa nak lahirkan tu, Mawar hanya serah kepada Allah, dan minta pertolongan Allah moga Mawar selamat lahirkan baby Cinta..”

Bukan semua orang diberi peluang atau pun dapat merasa melahirkan zuriat sendiri.

Bersyukur atas apa yang diberi kepadanya, Mawar berkata, beliau akan memegang amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin dan akan cuba mendidik anaknya untuk menjadi hamba yang dicintai Allah SWT.

“We did it Cinta mommy.. kita sama2 bertarung nyawa.. Mommy pegang amanah sbgai seorang ibu, mommy akan sentiasa doakan Cinta & cuba didik Cinta & anak2 mommy yg lain utk jadi hamba yg dicintai Allah S.W.T. terima kasih mudahkan mommy.. Alhamdulillah Ya Allah 🥺 Macam x percaya dah ada 2 orang anak.. @rossabellacinta @mawarrashid2”

Alhamdulillah, tahniah diucapkan dari kami di Hot FM.

Semoga Mawar dan baby berada dalam keadaan sihat dan baik.

 

Sumber : Instagram Mawar Rashid

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest