Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

Welcome To The Club! Mark Adam Kini Sah Bergelar Penyampai Radio Hot FM!

Tahniah Mark yang kini sudah menjadi keluarga baharu Hot FM!

Published

on

Selepas dua minggu ‘bercuti’, akhirnya penyampai radio Hot FM, Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan kini sudah mempunyai rakan penyampai baharu iaitu penyanyi terkenal, Mark Adam!

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah kini secara rasmi sudah menjadi keluarga baharu Hot FM bermula pada 15 Februari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Penyanyi lagu Amnesia itu telah mula keudara bersama Fizie pada 15 Februari bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ketika ke udara, Mark kelihatan segak memakai baju kemeja lengkap bertali leher serta blazer.

Lebih meriah ketika permainan Pisang Goreng diadakan, Mark berasa sangat teruja bagi memenangi game tersebut sehingga membuatkan para pendengar berasa terhibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Dalam masa yang sama, Mark turut berasa bersyukur dengan rezeki dan peluang yang diterimanya ketika ini kerana ini merupakan kali pertama beliau bergelar penyampai radio.

Apa pun tahniah buat Mark yang kini sudah menjadi keluarga baharu Hot FM, nampaknya lepas ni Mark akan melalui minggu ‘orientasi’ lah ya sebagai junior baharu di konti!

Sumber foto: Instagram Hot FM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest