Connect with us
Hot FM

Selebriti

Wow! Kahwini Selebriti Terkenal Indonesia, Ini Jejaka Bertuah Yang Berasal Dari Malaysia

Bunga Citra Lestari, Tya Arifin dan Laudya Cynthia Bella adalah nama-nama yang cukup terkenal di Indonesia

Published

on

Pekahwinan campur antara dua negara berbeza bukanlah satu perkara yang asing lagi.

Buat yang mengikuti perkembangan dunia hiburan di negara seberang Indonesia, pasti anda kenal dengan selebriti wanita Bunga Citra Lestari, Tya Arifin dan Laudya Cynthia Bella.

Ketiga-tiga mereka bertemu jodoh dengan 3 jejaka Malaysia ini.

1) Ashraf Sinclair

Pasangan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair sentiasa dikaitkan sebagai pasangan bahagia yang harmoni rumah tangganya.

Telah berkahwin pada tahun 2008, bagaimanapun pasangan ini terpisah setelah Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada Februari 2021.

Namun cinta sejati mereka tetap disebut-sebut sehingga kini.

Pasangan ini mempunyai cahaya masa ‘versi kecil’ Ashraf bernama Noah Sinclair.

2) Asyraf Khalid

Merupakan anak kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih terkenal dengan Datuk K, Asyraf Khalid telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Ariffin pada tahun 2015.

Memilih untuk menetap di Malaysia, pasangan ini terus bahagia melayari kehidupan sehingga kini dengan sepasang cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.

3) Engku Emran

Setelah mahligai cinta dibina bersama pelakon Erra Fazira runtuh, Engku Emran telah berkahwin dengan Laudya Cynthia Bella pada 2017.

Perkahwinan itu menjadi bualan ramai kerana populariti yang ada pada Laudya.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang setelah mengumumkan berpisah pada 2020.

Engku Emran pula kini sudah mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama kakak selebriti Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila.

 

Sumber: Instagram Ashraf Sinclair, Asyraf Khalid, Engku Emran

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest