Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

“Ya Allah, Lindungi Anakku” Doa Aaron Aziz Mengiringi Anaknya Buat Netizen Sebak

Ibu bapa je yang faham perasaan ni..

Published

on

Pada 12 Oktober, pelakon Aaron Aziz telah menghantar anaknya Danish Anaqi yang berusia 16 tahun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ‘terbang’ ke Jepun.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu, Danish berangkat ke Jepun bagi mengambil kursus pra diploma di sebuah sekolah selama tiga tahun.

Aaron turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada Danish di laman Instagram miliknya.

Apa yang menarik perhatian adalah doa Aaron yang mengiringi anaknya yang ketika itu sedang melambai tangan terhadapnya dan keluarga yang lain.

“Ya Allah, lindungilah anakku dan semua pelajar-pelajar. Permudahkanlah semua urusan mereka. Berilah mereka ketenangan dalam pelajaran dan juga agama. Keliligilah mereka dengan kasih sayang dan orang-orang yang baik. Peliharalah mereka daripada kezaliman manusia, malapetaka, bencana, penyakit, wabak dan juga gangguan syaitan dan jin.”

Dalam posting yang lain, Aaron turut melahirkan rasa rindu terhadap anaknya selepas menghantarnya ke lapangan terbang.

“Baru lah saya tahu betapa peritnya rasa bila anak keluar rumah demi pelajaran. Semoga ALLAH pelihara anak-anak kami Dunia akhirat. Love you n miss you Abg my only Son,” tulisnya

Apa-apa pun, selamat maju jaya Hot FM ucapkan kepada Danish, semoga dapat membawa pulang sebuah kejayaan dan berbakti kepada kedua orang tua di kemudian hari..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest