Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Yang Pernah Mengata, Saya Maafkan Anda” -Shuk Sahar

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, Shuk Sahar kembali bangkit meneruskan kehidupan..

Published

on

“Jadilah kamu seperti mata lebah, yang memandang kepada perkara manis dan indah dan janganlah kamu menjadi seperti mata lalat yang hanya memandang kepada benda-benda buruk,”

Itulah perumpamaan yang digunakan oleh pelawak dan pelakon Shuk Sahar selepas diminta untuk memberi komen mengenai bualan netizen berkenaan kontroversi yang menimpa dirinya pada Januari lalu.

Shuk Sahar Jual Kuetiau & Air Untuk Teruskan Hidup – Soya Lemon

Dalam temubual program Melodi baru-baru ini, Shuk bagaimanapun sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya beliau pernah melukai atau menyakiti hati sesiapa, malah dirinya juga sudah memaafkan netizen yang bercakap mengenainya.

“Pada saya, apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Segala aturan perjalanan hidup kita Allah dah tentukan. Tapi ingat, apa yang berlaku juga adalah pilihan kita sendiri,”

Bekas penyampai radio Hot FM itu juga redha dan menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka selain memohon doa daripada peminat supaya dirinya kembali bangkit.

“Apa yang lepas, biarkan ia berlalu. Saya akan terus hiburkan anda macam dulu-dulu juga,”

Sementara itu, Shuk mengakui beliau masih lagi kuat berdiri untuk meneruskan kerjayanya kerana mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan.

Shuk Sahar Kena Gantung Kerja

M'sian Comedian Shuk Sahar Caught Cheating On His Wife Again - Hype Malaysia

Dalam perkembangan lain, Shuk memaklumkan beliau bakal terlibat dengan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) Musim Ke-4 yang akan bermula Aidilfitri ini.

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest