Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“You Did A Good Job” – Mira Filzah Kagum Dengan Solekan Emir Walau Baru Kali Pertama

Boleh tahan bagusnya

Published

on

Pelakon Mira Filzah terus memuat naik content untuk tatapan peminat di YouTube channel miliknya dan suami yang diberi nama #EmirAmirah.

Terbaharu pada 10 November 2020, pasangan ini telah memuat naik satu video dengan cabaran digelar “Husband Make Up Challenge.”

Cabaran ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia kerap kali dilakukan oleh banyak pasangan lain sebelum ini.

Melalui cabaran tersebut, Emir perlu memilih satu look dari bintang K-pop Jennie Blackpink yang disediakan oleh Mira.

Berdasarkan video itu, Emir kelihatan cukup janggal untuk melakukan solekan tersebut ke atas wajah isterinya.

Sepanjang proses solekan berkenaan, pasangan ini turut bermain kuiz dari siri Batman.

Selain itu, para peminat meninggalkan komen di bawah video tersebut dengan reaksi yang positif.

Di penghujung video, Mira kagum dengan hasil solekan Emir kerana ia merupakan kali pertama suaminya melakukan perkara itu.

Untuk korang yang belum pernah buat challenge ni, apa kata cuba lakukan.

Mungkin pasangan anda mempunyai bakat terpendam dan hasil solekan boleh jadi wow!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest