Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Zizan Razak ‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Dipamerkan Janna Nick Dan Teman Lelaki

Alahai..

Published

on

Percintaan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick dengan teman lelaki, Dini Azan Schatzmann bukanlah satu rahsia dalam industri hiburan tanah air.

Mereka secara terbuka kerap berkongsi foto-foto dan video-video yang sweet untuk tatapan peminat.

Terbaharu, Janna telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya yang memaparkan dia bersama dengan Dini di sebuah pusat peranginan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminat yang rata-rata mengharapkan hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan.

Tidak ketinggalan, pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak turut meninggalkan komen:-

Buat masa ini, Zizan tidak digosipkan dengan mana-mana wanita.

Mungkin juga pelawak tersebut ada perancangan lain, atau juga ada buah hati yang masih dirahsiakan.

Apa pun, soal jodoh adalah satu rahsia yang kita tidak dapat jangkakan.

Kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan Janna Nick dan Dini akan berakhir dengan perkahwinan.

Manakala untuk Zizan, kami doakan semoga urusan Zizan bertemu suri hati dipermudahkan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest