Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Zizi Kirana Padam Gambar Seksi Di IG, Hati Terdetik Untuk Berubah Selepas Terima Mesej Mengejut Dari…

Semoga terus istiqomah…

Published

on

Bagi yang mengikuti perjalanan karier seni penyanyi Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil ataupun lebih dikenali dengan Zizi Kirana pasti tahu yang dirinya dahulu boleh dikatakan sedikit seksi.

Baru-baru ini, demi mengikuti permintaan ibu tersayang, Zizi dikatakan telah tekad memadam hampir kesemua gambar seksinya di laman sosial Instagram.

Tak Sanggup Tengok Ibu Sedih, Zizi Kirana Janji Tak Pakai Seksi Lagi

Mungkin belum memadam kesemuanya, akan tetapi usaha dan niat yang baik itu sudah ada dan sudah diperlakukan sedikit demi sedikit.

Mendedahkan kisah disebalik perkara itu, Zizi yang pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats berkata, hatinya terjentik tatkala menerima mesej panjang di WhatsApp daripada ibunya, sekali gus mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

“Satu hari selepas solat Subuh, saya menerima kiriman mesej daripada ibu. Selepas dia bertanya sama ada saya sudah solat Subuh atau belum, saya nampak lagi dia sedang menaip sesuatu. Dia ambil masa yang agak lama juga sebelum mengirimkan mesej itu kepada saya.

“Intinya adalah dia meminta supaya saya memadam gambar-gambar seksi di Instagram dan menasihati saya supaya menjaga pemakaian saya,” 

Malah Zizi turut mendedahkan bahawa dia memilih untuk perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah kebaikan kerana sedar umat Islam kini berada di penghujung zaman dan mahu menunaikan permintaan ibunya sebelum dijemput Ilahi.

“Sebenarnya, sejak awal tahun lalu lagi saya sudah mula terfikir mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda Covid-19. Saya sentiasa berfikir, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Jadi, tak salah kalau kita semua berubah ke arah yang lebih baik.

“Lagi satu, saya sendiri pun tak tahu sama ada saya atau ibu saya yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Jadi, sementara dia masih ada, saya tak mahu kecewakannya dan tunaikan permintaannya untuk kebaikan saya,” katanya.

Alhamdulillah. Kami di Hot FM mendoakan supaya Zizi terus istiqomah dan semoga keluarga berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest