Connect with us
Hot FM

Selebriti

Zoey Rahman Tidak Dibenar Rakam Video Disuntik Vaksin, Ini Pandangan Netizen Kepada Frontliner Bertugas

Zoey menghormati arahan yang diberikan oleh petugas kesihatan wanita itu

Published

on

Pemberian vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin rancak berjalan setelah lebih ramai rakyat Malaysia bersetuju menerima suntikan tersebut.

Proses suntikan pula sangat memudahkan dan sistematik seperti yang disaksikan dalam video-video yang selalu dikongsikan oleh para selebriti tanah air.

Pada 9 Jun 2021, pelakon Zoey Rahman berkongsi tentang dirinya yang turut hadir untuk menerima suntikan vaksin di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Baca artikel berkaitan: Muat Naik Foto Segak Siap Bersongkok, Zoey Rahman Ada Kes Di Mahkamah Syariah?

Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak dibenarkan oleh petugas kesihatan untuk merakam video aksinya menerima suntikan.

“12:10 “sorry no video” , jealous pulak kawan2 yg lain semua dapat, tak apa lah tak Ada rezeki. Kita Hormat permintaan dia. Dia cakap Takut Nanti viral 😂.

Tak dapat ambik video tak pe, janji vaksin kita dapat . 👍”

Walaupun Zoey merasa agak cemburu dengan rakan-rakannya yang lain kerana dapat merakam video mereka, namun beliau akur dengan permintaan tersebut.

Sementara itu, para pengikut di Instagram beliau meninggalkan pendapat tentang petugas kesihatan yang melakukan suntikan kepada Zoey.

Tidak mengapalah, yang penting Zoey sudah berjaya mendapat suntikan pertama vaksin.

 

Sumber: Instagram Zoey Rahman

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest