Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Sosial

“Kau Lemah Iman, Kau Jauh Dari Tuhan”- Jangan Salahkan Mereka Yang Bertempur Dengan Masalah Mental

Mental health issue is no joke..

Published

on

Masalah kemurungan ataupun depression sering berkait rapat dengan masalah kesihatan mental.

Untuk pengetahuan anda, kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti seharian.

woman looking at the floor

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan juga boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Perkara itu kadang-kadang adalah diluar kawalan mereka kerana gangguan ini bukanlah hal yang mudah untuk diatasi sendiri.

shadow of woman on bed

Berkongsi mengenai kisah seorang individu yang mempunyai depression yang dipetik dari akaun rasmi milik Hijrah Soul, pemilik akaun ini meminta kepada mereka yang mempunyai kenalan yang mengalami masalah gangguan ini supaya tidak mengatakan orang itu lemah ataupun jauh daripada tuhan.

“Someone dm tengah malam tadi and said “I can’t hold this anymore” and this is the message that I received.”

“Please someone whoever it is, your friends, your children or anyone that you know someone who is suffer from mental health issue, please and please be with them, ask them and please be a listener.”

“They don’t want to be judge, they don’t want to hear “kau lemah iman, kau jauh dari Tuhan”. Who are you can calculate or measure iman seseorang only by it personality?”

“They just want support from you, they just want a listener to share their problems. Don’t ever judge them, don’t ever judge their iman or about their religious. Stop mocking them. You don’t know how they feel, nampak luar macam okay but it’s not actually.”

“What you have to do is guide them, show them your love, because in this situation orang yang having mental illness ni lost, don’t know what to do, it’s something like don’t know why they living in this world.”

“They can harm themselves if you tak guide, please. I’m crying when she dm because I know what she felt, because I’ve been in her situation too.”

Kapsyen yang dimuat naik pemilik akaun Hijrah Soul ini sedikit sebanyak menyentuh hati ramai pembaca.

Hal ini kerana sesetengah individu yang menghadapi masalah mental, bukan mereka tidak cuba, bukan mereka jauh dari tuhan ataupun tidak berdoa kepadanya, tetapi sudah bermacam cara yang dilakukan namun gangguan itu tetap kembali.

Masalah dalaman yang dihadapi adalah di luar kawalan mereka seperti yang dikongsi oleh individu ini.

Individu ini berkata dia cuba melawan untuk berjuang meneruskan kehidupan sama seperti orang lain akan tetapi, masih tidak jumpa jalan penyelesaian kepada gangguan itu.

Walaupun sudah mengambil inisiatif untuk berterus-terang kepada ibu bapanya, nampaknya perkara itu lagi menjatuhkan semangat dirinya.

Dalam hal ini, mungkin anda tidak perlu menyalahkan mereka.

11 Reasons for Teenage Depression: Causes, Symptoms, And Diagnosis -  Scattergories Lists

Mereka yang mengambil keputusan untuk berterus terang ini sebenarnya sudah mengambil langkah yang cukup besar untuk merubah diri mereka.

Setiap orang mempunyai struggle masing-masing yang kita tidak tahu.

Kalau tak mampu untuk menolong, at least perkara yang boleh dilakukan adalah menjadi seorang pendengar dan cuba memahami.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest