Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

80 Peratus Persiapan Dah Lengkap, Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Hitung Hari Bahagia

Lagi sikit je persiapan majlis Kamal dan Uqasha akan siap, lepasni kita tunggu pula tarikh pernikahan mereka ya

Published

on

Persiapan majlis kini hampir lengkap, sekali gus membuatkan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin menghampiri hari bahagia mereka.

Namun mungkin atas sebab-sebab yang tertentu, pasangan ini masih lagi tidak mahu untuk kongsikan tarikh pernikahan mereka kepada umum.

“Alhamdulillah, persiapan majlis perkahwinan kami dipermudahkan. Setakat ini, persiapan untuk majlis pertama sudah hampir 80 peratus siap.”

Difahamkan juga sebanyak tiga majlis akan diadakan iaitu majlis untuk keluarga, keduanya bersama dengan rakan-rakan dan akhir sekali khas untuk meraikan peminat yang selama ini menyokong karier seni mereka berdua.

Lebih menarik lagi, Kamal dan Uqasha dikhabarkan bakal mengadakan majlis di sebuah pusat peranginan tanah tinggi tetapi semuanya bergantung kepada keadaan pandemik COVID-19 selepas ini.

Dalam sibuk menyiapkan persiapan majlis, Uqasha kini masih lagi menjalani penggambaran drama terbaharunya sehingga membuatkan beliau terpaksa membahagikan masa bagi setiap urusannya.

Menerusi Instagram story yang dimuat naik olehnya pada 31 Mac lalu, Uqasha nampak agak letih dan turut menunjukkan beliau sedang makan sambil menghafal skrip serta turut memikirkan tentang persiapan majlis.

Nampaknya memang tak lama lagi dah tu majlis mereka ni, boleh jadi lepas raya terus nikah kan?

Semoga segala urusan persiapan Uqasha dan Kamal akan dipermudahkan dan selamat menghitung hari, jangan lupa share tarikh dengan kita semua ya!

Baca juga artikel berkaitan:

Rakan ‘Bocor Rahsia’, Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Dah Mula Buat Persiapan Majlis Kahwin

Sumber foto: Instagram Kamal Adli

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest