Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Aiman Tino Akui Salah Faham Antara Keluarga, Ada Yang Kata Semuanya Demi ‘Marketing’

Bagus la kalau dah selesai, taknak la lepasni tiba-tiba hilang lagi okay!

Published

on

Semenjak 8 Februari, kecoh seketika apabila penyanyi Aiman Tino dikatakan telah menghilangkan diri sehingga membuatkan ibunya sendiri merasakan anaknya itu telah ‘diikat’ oleh seseorang.

Disebabkan perkara itu, pihak Hot FM telah menghubungi Aiman sendiri bagi mendapatkan kenyataan daripada Aiman sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Pagi 9 Februari, Deen, Haziq dan Riena Diana telah berjaya menghubungi Aiman dan bertanyakan kepada penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu berkenaan isu yang sedang melanda dirinya.

“Baru-baru ni ayah saya ada call, waktu tu tengah meniaga dekat Wangsa Maju. Saya terlupa nak call balik, jadi itu je isunya. Saya tak reply call dan Whatsapp ayah, sebab tu mak dengan ayah fikir bukan-bukan. Spekulasi mak ayah ni macam-macam, saya dekat KL ni duduk seseorang tak ada nak enjoy. Saya hanya cari rezeki dekat sini.”

“Nak kata tak balik tu, minggu lepas ada je balik Kuala Kubu. Waktu tu pun nak redah roadblock pun satu hal jugak.”

Dalam masa yang sama, Riena turut sempat bertanyakan kepada Aiman tentang siapa sebenarnya gadis bernama  Fara yang sedang diperkatakan itu.

Menurutnya, apa yang terjadi itu merupakan salah faham sahaja antara ibubapanya sehingga tersalah anggap terhadap Aiman dan Farah.

“Fara tu hanya kawan biasa, kita pernah kerjasama. Dia pun pernah manage artis juga, jadi memang pernah jumpa waktu tengah kerja.”

Beliau turut mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama dengan gadis bernama Fara itu.

Namun ada pula segelintir netizen yang menganggap apa yang terjadi ini hanya disebabkan marketing murahan sahaja serta sebagai salah satu cara untuk menaikkan semula namanya.

Amboi netizen, tak baik ya cakap macam tu! Kita tak tahu masalah apa yang seseorang itu sedang alami, mungkin ada punca lainnya.

Dikesempatan itu, Aiman mewakili keluarganya sempat memohon maaf kepada Fara dan keluarganya kerana mengheret namanya ke dalam masalah itu.

Baginya, jika ada masalah yang berlaku antara dirinya dan keluarga, biar lah tidak melibatkan pihak luar.

Harap lepas ni tak ada la jadi dah perkara macam ni, terkejut semua orang bila dapat tahu Aiman tiba-tiba kena ‘ikat’ pula.

Baca juga artikel sebelum ini:

Lama Menghilang, Ibu Aiman Tino Dakwa Anaknya Telah ‘Diikat’ Seseorang

Sumber video dan foto: Instagram Hot FM dan Instagram Aiman Tino

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest