Connect with us
Hot Selebriti

Update

Aksi Santai Makan Bersila Tuanku Dan Permasuri Curi Perhatian, Sifat Merendah Diri Dikagumi Ramai!

Steady Tuanku dan Permaisuri!

Published

on

Dikenali dengan sifat yang merendah diri dan berjiwa rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini mencuri perhatian ramai lagi apabila menikmati santapan patin tempoyak secara duduk bersila.

Menerusi laman sosial Instagram, pihak Istana Negara berkongsi sebuah video dan beberapa keping foto Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri sedang bersantap untuk tatapan umum.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah dan menikmati santapan tengah hari patin tempoyak di restoran Selera Patin Bangau selepas berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh,” 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Menerusi video itu, Tuanku sempat mengusik pengunjung dan pegawai pengiring sebelum bersantap.

“Saya duduk bersila, tak kan awak semua duduk atas kerusi,” titah Tuanku sambil ketawa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dengan aksi Tuanku dan Permaisuri, malah mengagumi dengan sikap merendah diri mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest