Connect with us

Update

“Bersabar Dulu 2 Minggu Sahaja,” Pasangan Jarak Jauh Tidak Dibenarkan Rentas Negeri

Kena bersabar dulu

Published

on

Mulai 13 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari telah dikenakan ke atas 6 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Perkara tersebut diumumkan pada 11 Januari 2021 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula dikenakan ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di negeri Perlis dan Sarawak.

Pada 12 Januari 2021, satu sidang media harian bersama Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah diadakan dan ia dapat ditonton semula di YouTube Berita Harian Online.

Berdasarkan video tersebut, terdapat sesi soal jawab di hujung sidang media antara wartawan dan beliau.

Terdapat satu soalan daripada seorang wartawan yang bertanya tentang pergerakan rentas negeri untuk pasangan jarak jauh (PJJ):-

“Datuk Seri, berhubung larangan rentas negeri, bagaimana dengan pasangan PJJ?”

Soalan tersebut dijawab oleh Ismail Sabri:-

“Setakat ini, kita masih lagi menyekat pergerakan.”

Menurut beliau, PKP dan PKPB dilaksanakan selama 2 minggu sahaja dan ia akan bergantung kepada perubahan selepas tempoh berkenaan.

Oleh itu, beliau meminta pasangan PJJ untuk bersabar terlebih dahulu kerana pergerakan masih belum dibenarkan untuk sebab tersebut.

Bagaimana beliau mengulas, perkara itu mungkin akan dipertimbangkan, cuma keputusan setakat 12 Januari 2021 masih tidak membenarkan tujuan perjalanan terbabit.

 

Sumber: YouTube Berita Harian Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest