Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Dah 10 Tahun Berkawan Dengan Fathia Latiff, Zarina Anjoulie Terima Teguran Netizen

Biasa lah tu adat bila berkawan baik, mesti akan bergaduh dan berbaik kan?

Published

on

Seperti yang kita ketahui, pelakon Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, sebelum ini pernah berperang besar bersama dengan pelakon Nur Fathia Latiff.

Tetapi awal Februari lalu, Zarina ada memberi bayangan bahawa beliau kini sudah mula berbaik semula bersama dengan pelakon drama Ariana Rose itu.

Persahabatan yang terputus selama hampir dua tahun itu kini sudah menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing sudah menemui kata putus untuk berbaik semula.

Namun difahamkan ada juga segelintir yang berasa tidak senang hati selepas melihat hubungan persahabatan selama 10 tahun itu disambung semula.

Melalui posting video di laman Instagram Zarina, beliau ada menerangkan beberapa perkara kepada para pengikutnya tentang hubungan persahabatannya bersama dengan Fathia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Aku faham ada yang sakit hati, korang kena faham Anju dengan Fathia bukan kawan setahun dua, kitorang kawan dah 10 tahun. I don’t know why korang macam pelik kitorang dah berbaik. macam korang tak pernah gaduh dengan kawan korang, normal la kan? Aku mintak maaf aibkan dia.”

Dalam masa yang sama Anju dan Fathia turut mengakui bahawa mereka pernah membuat kesilapan sebelum sebelum ini.

Beliau turut menerima dengan hati yang terbuka segala teguran yang diberikan oleh netizen kepada dirinya selepas kejadian pergaduhan itu berlaku.

Fathia sendiri turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Anju dan menganggap itu merupakan perkara biasa sekiranya sahabat baik itu bergaduh.

Mereka turut memohon agar para peminat dapat mendoakan persahabatan mereka akan berkekalan lama selepas ini.

Baca juga artikel sebelum ini:

Dah Berbaik Lepas Dua Tahun Bercakar, Fathia Dan Zarina Anjoulie Masih Belum ‘Berkawan’ Di Instagram

Sumber video dan foto: Instagram Zarina Anjoulie

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest