Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

Datang Balai Bagi Keterangan, Pendakwah Bebas Ditahan Bagi Bantu Siasatan Kes Rogol

Semoga ada keadilan buat mangsa

Published

on

Pada jam 11 malam bertarikh 26 November, seorang pendakwah bebas telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita.

Dia telah ditahan ketika menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan selepas seorang wanita membuat laporan polis berkenaan dirinya diperlakukan begitu oleh pendakwah berusia 25 tahun itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mangsa dikatakan telah keluar bersama pendakwah berkenaan pada 11 September lalu bagi bertujuan berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapinya dan memohon bantuan dengan kaedah perubatan Islam.

Namun lain pula yang terjadi apabila suspek telah membawa mangsa ke kedai makan sebelum pulang ke rumahnya yang terletak di Studio I-Soho, Shah Alam dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan yang dihidapinya.

Tiba di tempat kejadian, mangsa telah dirogol dan diberi amaran untuk merahsiakan perkara itu sebelum dia hanya ditinggalkan di kawasan lobi banggunan berkenaan dan pulang ke rumahnya yang terletak di Subang Jaya dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Selepas kejadian, mangsa telah mengalami tekanan perasaan dan ditahan di wad psikitari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh serta disahkan trauma akibat perkara tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman 27 November ini bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam masa yang sama, pengguna Twitter yang membongkarkan kes ini turut telah membuat laporan polis bagi melindungi dirinya selepas pendakwah berkenaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini.

Gadis tersebut membuat laporan polis bagi melindungi dirinya selepas dituduh sebagai penyebar fitnah dan turut membuat permohonan maaf mengikut kehendak di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah tersebut.

Kini warganet masih lagi berkata-kata berkenaan isu ini dan ramai berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya ada keadilan buat semua mangsa yang terlibat.

Baca artikel sebelum ini:

Dituduh Bawa Balik Gadis, Netizen ‘Spill Tea’ Da’i Syed Pernah…

[TERKINI] Dituduh Merogol, Da’i Syed Tampil Membuat Laporan Polis

“Saya Serahkan Urusan Teguran Ini Kepada Allah S.W.T”-Bapa Da’i Syed Minta Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

“Ada Title Tunjuk Sikap Baik, Kalau Rasa Diri Jahat Guna Gelaran ‘Buaya’”- Caprice Ulas Isu Da’i Syed

“Ini Semua Fitnah!”- Mahu Tuntut Saman, Rakan Artis Bagi Sokongan Pada Da’i Syed…

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest