Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

“Doakan Saya Ya…” Tahniah Tok Ti Sah Hamil 4 Bulan

Tahniah Tokti dan Datuk K!

Published

on

Tahniah beribu ucapan tahniah kepada penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang kini disahkan sedang hamil empat bulan!

Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi telah mengesahkan perkara itu di laman Instagram miliknya pada 1 Disember.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menurut penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu, bukan la niatnya untuk menyembunyikan berita tentang kehamilan itu tetapi beliau menanti waktu yang sesuai untuk mengumumkan berita gembira itu.

Sama seperti sewaktu beliau mengandungkan anak pertamanya iaitu Siti Aafiyah, Tok Ti turut menunggu usia kandungan sudah mencecah 4 bulan baru la diumumkan kepada peminat.

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.”

Dalam masa yang sama, Tok Ti turut berasa gembira atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk mengandung sekali lagi.

Seperti yang sedia maklum, ketika kandungan pertama, Tok Ti melakukan proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) sama seperti kandungan keduanya ini.

Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum ini beliau mendiamkan diri daripada industri hiburan atas nasihat doktor bagi memenuhi tuntutan menjalai proses berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita doakan semoga Tok Ti dan kandungannya diberikan kesihatan yang baik.

Tak sabar nak tengok adik Siti Aafiyah nanti!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest