Connect with us

Onz

[EKSKLUSIF] Elly Mazlein Dedah Momen Sebak Bersama Suami Saat Tahu Diri Hamil

Rezeki anak adalah suatu rezeki yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin, begitu juga dengan Kak Lina setelah mencuba bermacam-macam cara selama setahun untuk hamil.

Published

on

Spekulasi kehamilan Elly Mazlein sebelum ini terjawab apabila artis serba boleh itu mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua, namun tidak dinyatakan usia kehamilan.

Jika sebelum ini Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom berselindung dan merahsiakan kehamilannya itu, kini tidak lagi apabila beliau berkongsi berita gembira itu bersama Geng Pagi Hot, Fizie, Mark Adam dan Riena Diana pada 7 April 2021 di konti Hot FM.

Kak Lina turut menceritakan momen sebak beliau dan suami saat mengetahui dirinya hamil ketika di temubual Geng Pagi Hot.

Lihat video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Baca artikel berkaitan : Ingin Jaga Keluarga, Elly Mazlein Mahu Berundur Daripada Dunia Hiburan

“Papa dah ready ke? Takpe perlahan-lahan kita tengok”

“Papa 2 line! Mama mengandung papa dan kami pun berpelukan sambil menangis”

“Alhamdulillah setelah lama kita usaha akhirnya kita dapat baby”

Rezeki anak adalah suatu rezeki yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin, begitu juga dengan Kak Lina setelah mencuba bermacam-macam cara selama setahun untuk hamil.

Dalam pada itu, Kak Lina turut memberitahu bahawa beliau akan melakukan satu sesi IG LIVE untuk berkongsi tips dan pengalaman yang dilalui sepanjang berusaha untuk hamil, untuk sama-sama membantu pasangan di luar sana yang masih belum mempunyai cahaya mata.

Elly Mazlein hamil anak kedua

Dalam masa yang sama, Kak Lina turut mengumumkan bahawa beliau akan mengundur diri dari dunia seni hiburan tidak lama lagi kerana mahu memberi sepenuh masa kepada keluarga tercinta.

Ikuti penjelasan Kak Lina :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Kami di Hot FM mendoakan semoga segala urusan Kak Lina dan proses kehamilan dipermudahkan, semoga Kak Lina dan bayi berapa dalam keadaan yang sihat.

Sumber : Hot FM

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest