Connect with us
Hot Selebriti

Update

Dari Pentas Ke Pelamin, ‘Lagu Cinta Kita’ Musim Kedua Kini Cari Pengganti Naqi Dan Ayuni

Sweet betul ya kisah cinta mereka ni!

Published

on

Kata orang dari mata jatuh ke hati, tapi macam mana pula kalau dari pentas ke pelamin?

Siapa sangka cinta pandang pertama di atas pentas Lagu Cinta Kita telah membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga kini perasaan sayang itu semakin bertambah hari demi hari.

Bekas juara program Lagu Cinta Kita iaitu Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan telah mendirikan rumah tangga selepas tamatnya musim pertama program berkenaan.

Menurut Naqi ketika ditemubual, dia akui bahawa perasaan suka sama suka antara mereka itu sudah ada semenjak pertama kali bertentang mata di atas pentas program berkenaan lagi namun mereka tetap bersikap profesional dan mengenepikan rasa hati terlebih dahulu.

Apa yang membuatkan Naqi jatuh cinta terhadap Ayuni ialah disebabkan kelembutan dan kematangan diri mereka serta keikhlasan hati masing-masing.

 

Perjalanan cinta kami, dua-dua single. Kami jadi profesional walaupun dalam hati dah mula suka sama suka, tapi simpan je perasaan tu dan fokus pada pertandingan. Tak pernah terfikir pun akan memang tapi kami memang fokus untuk ke final.

Tambahnya lagi mereka mula meluahkan perasaan selepas program berkenaan tamat dan memutuskan untuk bernikah selepas lima bulan berkenalan.

Bagi Naqi, dia akui bahawa mereka berdua tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk bertemu jodoh dalam program berkenaan walaupun pada mulanya masing-masing tidak mempunyai pasangan hidup ketika itu.

Lain macam ya kisah cinta ni, perkenalan singkat telah membawa mereka kepada hubungan rumah tangga yang bahagia.

Agak-agak selepas ini ada tak pasangan yang akan mengikut jejak langkah Naqi dan Ayuni?

Kalau nak tahu, korang boleh saksikan program Lagu Cinta Kita musim kedua yang akan ditayangkan di TV3 bermula 8 November ini pada jam 9.00 malam.

Naqi & Ayuni - Saat Bahagia | Lagu Cinta Kita (2019) - YouTube

Untuk yang tidak tahu, program ini merupakan adaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song‘.

Kali ini, program Lagu Cinta Kita akan dihoskan oleh Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Pom Pom dan bakal digandingkan bersama dengan Azwan Ali sehingga Elly menemui pasangan yang serasi bersamanya.

Dalam masa yang sama, akan diadili oleh Hael Husaini dan Mas Idayu serta beberapa juri jemputan setiap episod.

Seramai 18 pasangan akan disatukan dan pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 .

Tak sabar kan nak tengok pasangan serasi untuk musim ni? Jangan lupa tunggu depan TV ya Ahad ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest