Connect with us
Hot FM

Update

Hari Ketiga Kena Kuarantin, Ney Ney Dah Mula Rindukan Nora Danish Sampai Minum Air…

Menurut Nora sebelum ini Ney Ney tidak pernah berminat untuk minum air berkafein, tak tahu mengapa secara tiba-tiba si kecil itu sudah mula minum air kafein!

Published

on

Seperti yang kita sudah sedia maklum, dua lagi selebriti tempatan telah disahkan dijangkiti virus COVID-19 iaitu Tiz Zaqyah dan Nora Danish.

Kedua-duanya telah disahkan positif pada 9 Mei lalu dan kini mereka sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Nora mengakui bahawa beliau kini sedang dalam keadaan tidak tenang selepas melihat reaksi anak bongsunya iaitu Mohamed Neqayl  atau lebih mesra dengan panggilan Ney Ney yang semakin merindui dirinya.

Menerusi Instagram story yang dimuat naik oleh Nora sendiri, beliau memaklumkan bahawa secara tiba-tiba Ney Ney kini sudah mula minum minuman berkafein walaupun sebelum ini si kecil itu langsung tidak pernah cuba untuk meminumnya.

“When daddy sent me this picture i was shocked! Nescafe? He never ever drink coffee his while life! Omg baby, why now? Are you okay? Are you stress? Hang in there love!”

Lebih menyedihkan lagi, Nora turut memberitahu bahawa Ney Ney kelihatan sangat susah hati apabila si kecil itu beranggapan bahawa semua orang sudah pergi meninggalkan dirinya seorang diri.

“Everybody’s gone! Mommy in the hospital, I want to hug mommy!”

Maklum lah, Ney Ney kini baru sahaja memasuki usia tiga tahun dan disebabkan itu lah si kecil itu tidak mengerti apa yang sedang terjadi di kelilingnya.

Sedih pula bila dengar luahan hati Ney Ney ni, it’s okay baby tak lama lagi your mummy sihat okay!

Semoga kita semua dijauhkan daripada segala penyakit dan diberi kesihatan yang baik.

Baca juga artikel berkaitan:

Makin Membimbangkan, Tiz Zaqyah Dan Nora Danish Disahkan Positif COVID-19

Dijangkiti COVID-19, Nora Danish Dedahkan Keputusan Ujian Keluarganya

Sumber foto: Instagram Nora Danish

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest